Majlis Menandatangani Memorandum Persefahaman ini telah berlangsung antara YWM dengan MAPIM dan Spectre MD Sdn. Bhd. di The Everly Hotel Putrajaya.
Majlis ini adalah merupakan inisiatif kerjasama strategik antara Spectre MD Sdn. Bhd. bersama Yayasan Waqaf Malaysia dalam membantu meningkatkan tahap pengurusan dan terimaan dana melalui pewujudan ekosistem digital.
Pihak YWM akan meningkatkan pengurusan dan terimaan dana melalui ekosistem digital yang disediakan oleh Spectre MD Sdn. Bhd. Kerjasama ini memainkan peranan penting dalam memperkukuhkan penjenamaan YWM melalui teknologi dan inovasi digital.
Majlis ini disaksikan oleh YB Senator Dato’ Setia Dr. Naim bin Haji Mokhtar, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) merangkap Pengerusi Lembaga Pemegang Amanah YWM. Sesi menandatangani memorandum persefahaman ini telah disempurnakan oleh YBrs. DrRidzwan Bakar, Ketua Pegawai Eksekutif YWM bersama YBrs. (Dr.) Ahmad Sani bin Datoโ Abdul Alim Araby, Ketua Pegawai Eksekutif MAPIM dan YBrs. Encik Khairul Nizam Othman, Pengarah Eksekutif Spectre MD Sdn. Bhd.